facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Thursday, 6 July 2017

Panduan seks berguna untuk ibu bapa yang tidur bersama anak

Image result for keluarga tidur dgn anak

Ya, artikel ini untuk semua ibu bapa yang tidur sekali (co-sleeping) dengan anak mereka. Anda pasti akan berterima kasih pada kami kelak!

Masih ingat bagaimana hubungan intim anda dan pasangan sebelum kalian dikurniakan cahaya mata? Cuba ingat dengan lebih mendalam. Pasti ada beberapa kenangan yang mampu buat anda tersenyum nakal! Hasil daripada momen seksi itu membenihkan si kecil (atau dua) yang kini sedang berkongsi katil dengan anda.
Bila kali terakhir anda mahukan belaian dari pasangan, tapi… bila anda ingin memegang tangannya yang gagah itu, anda terpegang kaki montel atau lampin?
Bila anda fikir mungkin suami yang sedang meraba-raba payudara anda, tapi sebenarnya… si kecil sedang mencari sumber susunya?
Jangan salah faham! Saya fikir memang tidur bersama anak itu bagus. Perbuatan ini terbukti secara saintifik mampu membantu si kecil tidur dengan lebih aman, menghasilkan suhu badan yang lebih stabil dan degupan jantung yang lebih normal. Tidur dengan anak juga memberi manfaat bagi kesihatan emosi mereka untuk jangka masa panjang.
Tapi mengaku saja lah… bila ada anak-anak atas katil ketika anda ingin melakukan hubungan intim… agak potong, bukan? Tidur bersama anak dan seks… boleh ke?
Ibu bapa semua, saya di sini ingin membantu anda! Ada 5 tips hebat bagaimana kalian boleh ‘beraksi’ walaupun jika kalian tidur dengan anak. Maklumat ini disediakan oleh ibu dan bapa yang tidur dengan anak mereka juga.
Terima kasih!
co-sleeping and sex
Tidur bersama anak & seks: Tak perlu buat seks dalam bilik tidur saja…

1. Luar dari bilik tidur

Tak ada peraturan yang kata anda harus melakukan hubungan intim dalam bilik tidur saja. Jadi lebih mencabar, dan bawa seks keluar dari bilik tidur anda!
Dapur kan ada kaunter berguna, ruang tamu ada sofa empuk… dan lantai! Takkan anda lupa dengan bilik air? Anda boleh dapat momen ‘O-some’ dalam bilik air atau tab mandi.
Untuk yang lebih nakal, buat saja dalam kereta sebelum kalian pulang. Tapi jangan sampai jiran nampak, ya!

2. Semuanya tentang masa

Dulu ketika si kecil anda masih bayi, memang susah nak melakukan hubungan seks terancang. Tapi  kini jika si kecil anda itu sudah membesar (tapi masih berkepit dengan anda atas katil), anda patut belajar tentang masa tidurnya!
Mudah saja. Catat masa bila si kecil anda bangun dan rancang waktu anda sebaiknya. Contoh, si kecil akan bangun setiap malam pukul 11 malam untuk bermanja. Lakukan seks sebelum itu!
Jika anda betul-betul ingin yakin, catat bila si kecil anda dalam keadaan ‘deep sleep‘ — selalunya dalam 70 hingga 90 minit terawal tidur. Lakukan seks anda yang seksi itu sekarang!
co-sleeping and sex
Bijak merancang adalah kunci kejayaan.

3. Rancang hubungan intim anda

Ini untuk semua ibu yang ‘pakar dan teliti dalam merancang’. Ya, rancang hubungan seks anda seperti anda rancang jadual si kecil!
Sebelum orang mula mengeluh kata ‘spontan lebih seronok’, ingat satu perkara — spontan telah lama hilang sejak kalian bercahaya mata! Titik.
Jadi, mari merancang sekarang! Telefon semua orang yang boleh membantu anda. Cth: nenek, kawan,  jiran, makcik pasaraya (gurau, hehehe!) Sebaik saja mereka boleh mengalihkan perhatian si kecil anda selama satu atau dua jam, jangan sia-siakan masa anda itu! Terus ‘beraksi’!
Ingat: Jangan guna masa ini untuk (a) tidur, (b) tonton program TV kegemaran anda, (c) memasak, (d) kemas rumah, (3) telefon nenek anda.
co-sleeping and sex
Lakukan hubungan intim ketika tidur dengan anak BOLEH jadi!

4. Beraksi dalam bilik

Okay, kadang-kadang anda tak mahu tinggalkan ‘si pengacau’ ini dalam bilik seorang diri. Terutamanya jika dia masih kecil. Ibu-ibu yang memberi tips berguna ini menasihatkan anda untuk ikut cara berikut:
  • Lakukan seks sambil berdiri di sudut gelap – seks sambil berdiri seronok juga! Anda boleh lakukan squats sekali.
  • Guna katil bayi – Letak si kecil anda dalam katil bayi, sepanjang anda ‘beraksi’. Masa yang terdesak, ibu bapa semua. Terdesak!
  • ‘Beraksi bawah selimut’ – lindungi anak anda dengan selimut (tapi bukan bahagian kepalanya). Kemudian, kalian juga masuk dalam selimut. Selimut besar. Harap awak tahu nak buat apa seterusnya…
co-sleeping and sex
Apa kata ‘beraksi dalam selimut’?
  • ‘Beraksi’ di sudut katil – Tak semestinya seks. Oral seks pun bawa nikmat! Salah seorang daripada anda (atau pasangan) boleh bersandar  dengan belakang ke arah si kecil (anda boleh bina kubu dari bantal). Salah seorang pula melutut di hujung katil dan lakukan oral seks pada anda. Ambil turn, ya!
  • Letak tilam lebih di lantai – mudah saja, tiada penjelasan diperlukan!
  • Bina kubu dari bantal – Tempatkan si kecil anda di hujung katil (dengan belakang katil dirapatkan ke dinding). Kemudian bina kubu dari bantal untuk pisahkan antara anda dan mereka. Dan… mula beraksi!
Pastikan ketika anda menjalankan dua poin terakhir, anda ada penjelasan yang cukup bagus jika tiba-tiba si kecil terjaga dan tanya apa anda buat. Ops!
Rancang satu malam tanpa si kecil… kalian berhak!

5. Keluar dari rumah

Tak, saya bukan suruh kalian nakal di halaman jiran pula! Sebaliknya, rancang escape semalaman dengan cinta hati kerana kalian berhak. Jadi, telefon sekali lagi bantuan yang anda ada. Sama ada pengasuh yang dipercayai atau pembantu.
Rancang betul-betul! Pastikan:
  • Anda telah memilih tarikh ketika pengasuh/pembantu anda boleh menjaga si kecil
  • Tempah bilik hotel
  • Beli pakaian dalam yang seksi
  • Hantar pesanan ringkas yang nakal/seksi pada pasangan & bina mood
  • Pada hari yang ditunggu, padatkan aktiviti si kecil dengan berenang/trip ke taman permainan dan sebagainya untuk (a) pastikan mereka tidur lebih cepat dan (b) hilangkan rasa bersalah anda!
  • Bag anda telah dikemas
Selamat mencuba wahai ibu bapa semua! Saya harap artikel ini dapat membantu anda menghangatkan lagi momen-momen yang ‘bergetah’ dulu!
Sumber : theasianparent
loading...