Kematian Steve Jobs APPLE

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

Pastinya berita mengenai kehilangan Steve Jobs yang merupaka pengasas syarikat Apple yang memasarkan barangan elektronik seperti iPhone, iPad, iPod, Mac dan sebagainya menjadi bualan ramai pada hari ini. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 akibat penyakit kanser dan pastinya kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar kepada arus teknologi barangan keluaran Apple yang dibawakan oleh beliau.

Beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia, Steve Jobs mengambil keputusan untuk mengundurkan diri secara tiba-tiba akibat penyakit kanser yang dikesan sejak tahun 2009 semakin parah. Pengunduran beliau ternyata mengejutkan dunia teknologi ketika itu.

Mengimbas kembali bagaimana tercetusnya barangan berjenama Apple, ianya dihasilkan oleh Steve Jobs di garaj rumahnya pada tahun 1976 bersama Steve Wozniak. Dan kini jenama Apple Inc semakin teguh berdiri setelah hampir 35 tahun di samping perkembangan barangan teknologi keluaran jenamanya.

Takziah dari kami dan RIP Steve Jobs 24 Februari 1955- 5 Oktober 2011

Petikan ini di ambil dari THR Gegar.

Powered by Blogger.