Kerana Seekor Ikan

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

Ada seorang pemancing tua seringkali berulang alik dari rumahnya ke sebuah sungai di hujung kampungnya. Di situlah dia, hampir setiap hari mencari sesuap rezeki. Walau pun begitu sehari mengail belum tentu mendapat hasil.

Itulah jerih perit dia dalam usaha menyara kehiduan keluarganya. Adakala langsung tidak memperolehi apa-apa hasil tangkapan pun. Pulanglah dia dengan dihambat rasa kecewa apatah lagi untuk menatap wajah anak dan isteri di rumah.

Di suatu hari, ketika sedang memancing , dia merasakan kailnya disentap ikan. Bukan kepalang gembira hatinya, dengan penuh semangat dia menyentap kailnya dan berjaya mendapat seekor ikan yang cukup besar. Namun tanpa dia sangka tiba-tiba datang pula seorang pemuda kampung yang kaya tetapi buruk akhlaknya dan tanpa sedikit pun rasa belas kasihan terus merampas ikan besar tersebut..

Pemancing tua merayu dengan penuh harap, sekurang-kurangnya memberinya separuh ikan itu untuk santapan anak isterinya, tetapi langsung tidak dipedulikan. Merasakan usahanya merayu tidak mendatangkan hasill akhirnya dia mengangkat tangan dan berdoa ke hadrat Allah:

"Ya Allah, mengapa Engkau ciptakan aku sebagai orang yang lemah dan Engkau ciptakan orang lain lebih kuat dan gagah sehingga dia sesuka hatinya merampas hak milikku? Ya Allah, ciptakanlah makhluk yang lebih kuat darinya ya Allah. Kalahkan dia agar menjadi iktibar buat semua," doanya dengan penuh khusyuk dan mengharap.

Walau mendengar doa tersebut, ia langsung tidak mendatangkan rasa takut di hati pemuda kampung tersebut, dia tetap merampas ikan tersebut dan membawa pulang ke rumah.

Di rumah, dia mulai menyiapkan ikan tersebut, dia sudah tidak sabar lagi menikmati kemanisan ikan tersebut. Setelah siap dia bersila di hadapan hidangan dan mula mencubit isi ikan berkenaan.. Tetapi malang baginya, ketika dia mencubit isi ikan tersebut, tiba-tiba tangannya tercucuk tulang ikan berkenaan. Rasanya sungguh tajam dan amat perit. Hajatnya untuk menikmati ikan itu terus terbantut kerana terlalu sakit.

Hari demi hari tangannya yang tercucuk tulang itu semakin terasa sakit, membengkak dan bernanah. Berbagai usaha telah dilakukan namun tidak memberi apa-apa kesan, hingga akhirnya doktor menyarankan agar tangannya dipotong untuk mengelakkan kuman terus berjangkit ke bahagian lengan. Dia merasa terlalu susah hati mengenangkan hal tersebut, menjadi rungsing dan sering tidak dapat tidur.

Pada suatu malam dia mendapat mimpi seolah-olah mendengar suara menyuruhnya memulangkan hak orang yang dirampasnya, berulangkali. Dia tersedar dari tidur dan memikirkan apakah maksud mimpi itu. Dia akhirnya teringat ikan yang telah dirampas dari pemancing tua di sungai tempohari. Jelas terbayang di ruangan matanya bagaimana wajah pemancing tersebut serta suaranya yang merayu penuh harap. Timbul rasa bersalah yang teramat sangat yang selama ini tidak disedarinya. Dia bertekad untuk menemui pemancing tersebut.

Dengan membuang perasaan malu dan penuh rendah diri, dia pergi menemui pemancing berkenaan, setelah memohon maaf dia turut membayar sebanyak sepuluh ribu dirham sebagai gantirugi terhadap seekor ikan yang pernah dirampasnya. Pemancing tersebut sudi memaafkan lelaki berkenaan. Dia merasa lega, dan rasa bersalah yang begitu menghantuinya dirasakan telah hilang.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sejak itu tangannya semakin sembuh dan dia mula berubah nenjadi seorang pemuda yang berakhlak.
Powered by Blogger.