Pelincir SAE 15W-50?

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Gambaran ringkas:

15W = 'Winter Grade' atau tahap keadaan suhu enjin ketika suhu rendah (sebelum enjin dihidupkan). Dalam keadaan suhu di Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi .

50 = Tahap kelikatan minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C (grad pada suhu ketika ujian kelikatan minyak).

Gambarajah di sebelah hanya menunjukkan secara kasar kaitan antara grad minyak dan suhu.


Apa beza 10W-40 dengan 15W-40 ?

Ketika enjin beroperasi sepenuhnya kelikatan minyak 10W-40 dan 15W-40 adalah sama. Perbezaan hanya pada ketika enjin mula dihidupkan atau berkeadaan sejuk. 10W lebih effisen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi Pada suhu tersebut.

Umumnya 15W adalah memadai bagi keadaan cuaca di Malaysia melainkan anda menyimpan kenderaan anda di dalam peti sejuk.
Powered by Blogger.