Tahukah Anda?? Membasuh Kenderaan Dengan Cara Yang Betul Dan Cara Mengekalkan Kilauan Kenderaan Anda??

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini


Cuci Kereta Anda...

Sebelum kita mempelajari cara membaiki komponen kenderaan. perkara pertama yang diajar adalah asas penjagaan kenderaan, iaitu bagaimana mencuci kereta anda, ya saya rasa semua orang tahu bagaimana mencuci kereta anda, tapi tahukan anda adakah langkah yang anda lakukan betul atau tidak, Ramai orang tak tahu mencuci kereta ada caranya. yang mana dahulu yang mana kemudian dan yang utama sekali jangka hayat cat kereta anda.

Walaupun ditempat kedai cuci kereta pun para pekerja yang mencuci kereta menggunakan teknik yang salah dan masih ramai yang tidak sedar akan akibatnya nanti.

Baiklah, biarkan saya cerita sedikit mengenai punca masalah ini.

Pertama : Tahukah anda kereta kita akan membawa kekotoran pasir halus yang melekat.
Kedua : Tahukah anda kereta kita mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar.
Ketiga : Tahukah anda Kereta kita mungkin terkena getah daun pokok apabila kita parking.

ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kereta anda.

Langkah pertama: Apabila kereta kita kotor , kekotoran yang melekat pada badan kereta kita membawa pasir yang halus. Apa terjadi bila pasir tadi kita gosok, ya ini akan menyebabkan cat terhakis atau calar jika tidak menggunakan teknik betul semasa mencuci kereta anda.

Mula-mula basahkan kereta anda dari atas dahulu dan perlahan-lahan basahkan hingga kebawah, ini untuk memberi laluan kepada kotoran dan pasir jatuh kebawah, dan bukannya dari bawah keatas, pastikan semua bahagian badan kereta kita benar-benar basah, Biarkan ia basah dulu beberapa minit, jangan terus digosok dengan kain cuci sebab tanah yang melekat pada badan kereta belum betul-betul basah.
kemudian bolehlah dilap dengan kain cuci atau sponge. mulakan dari atas bumbung dahulu kemudian turun kebawah tujuannya untuk memberi laluan kepada kekotoran dari atas turun kebawah dan untuk mengelakkan bahagian yang hendak dicuci nanti tiada pasir masih melekat ( ingat jangan mulakan dari bawah ke atas sebab kain cuci atau sponge yang kita guna akan membawa kekotoran dan pasir kebahagian atas ) kemudian seluruh cermin depan belakang dan sisi. dan barulah bahagian pintu bonet dan boot belakang, yang terakhir sekali barulah bahagian bawah pintu bumper depan dan belakang fender dan skirt kalau ada. setiap bahagian yang dicuci pastikan kain atau sponge anda direndam dalam baldi pencuci untuk membuang kotoran dan pasir.

Akhir Sekali barulah dibilas dengan air dimulai dari atas dulu dan perlahan-lahan ke bawah, selesai saja lapkan bahagian badan kereta anda dengan kain kering, Untuk memastikan kereta kita betul-betul dicuci pastikan bahagian sisi pintu , sisi boot belakang anda dicuci, selalunya kekotoran akan melekat pada sisi pintu dan jika dibiarkan ia akan kekal dan menjadi susah untuk dibersihkan. Untuk bahagian rim boleh dicuci menggunakan kain atau sponge manakala tayar pula boleh gunakan berus serabut.

Akhir sekali cantikanlah kenderaan anda dengan bahan pengilat yang boleh didapati dikedai. ingat gunakan bahan yang sesuai saja seperti pengilat dalam kereta untuk dalam kereta saja dan pengilat tayar untuk tayar saja, tidak perlu membazir wang anda untuk membeli jenama yang mahal.

Untuk masalah najis haiwan dan getah daun jika terjumpa pada badan kereta, hendaklah dibersihkan serta merta dengan air dan untuk getah daun pastikan anda gunakan bahan polish jika ada , jika tiada cukuplah sekadar bahan cuci biasa. Najis haiwan dan getah daun merupakan bahan asid yang dapat menghakis cat kereta anda dan akan menyebabkan karat jika dibiarkan.


Cara mengekalkan kilauan kereta


MEMBASUH kereta secara betul akan dapat
mengekal warnanya. â?? Gambar hiasan

KESAN pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.

Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta. Mereka sanggup mengeluarkan wang RM5 hingga RM10 sebagai upah mencuci keretanya. Bagaimanapun, jika basuh sendiri, selain berpuas hati, kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan.

Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.


MENCUCI bahagian enjin perlu dijalankan secara
berhati-hati kerana ia cukup sensitif
dengan air.


Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat.

Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta. Bagaimana pun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan.

Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan. Tidak dapat dinafikan ramai pengguna tertipu membeli bahan pengilat dan syampu pencuci yang berkualiti rendah.

Bahan yang bermutu rendah mempunyai kesan sampingan seperti merosakkan warna serta menyebabkan permukaan bercalar.

Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk.

Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama akibat pancutan air yang kuat.
Powered by Blogger.