facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Friday, 21 October 2011

Tip Tip Perjagaan Tayar - Baca Dulu Infonya


Periksa pada bahagian dinding tayar dan anda akan dapati ada nombor tertera seperti berikut:
215/65 R 15 89H

Lebar Tayar (Tire Width)
Nombor pertama (215) mewakili lebar tayar. Jadi seperti contah diatas lebar tayar ini adalah 215mm

Nisbah tinggi (Height Ratio)
Nombor seterusnya (65) mewakili aspek nisbah tinggi tayar. Nisbah tinggi 65 bermaksud bahagian tinggi tayar adalah 65% daripada lebar tayar 215mm, (darabkan 65% x 215 dan anda akan dapat tinggi tayar adalah 139.75mm).Nombor dua digit selalunya merujuk kepada siri tayar (contoh: 65 siri tayar)

Pembinaan tayar (Tire Construction)
Turutan seterusnya (r) binaan struktur tayar tersebut, R bermaksud radial ply

Diameter Rim (Rim Diameter)
Nombor seterusnnya (15) mewakili diameter tayar di dalam inci.Berdasarkan contoh di atas diameter rim untuk tayar tersebut adalah 15 inci.

Indek beban (Load Index)
Nombor seterusnya (89) adalah indek beban dan mewakili beban tertinggi yang telah direka untuk membawa beban. Indek beban 89 menunjukkan kapasiti beban adalah 580 kg setiap tayar.

Indek halaju (Speed Index)
Huruf terakhir tertera pada tayar (H) adalah indek halaju, mewakili halaju tertinggi yang mampu ditanggung oleh tayar Indek halaju H menunjukkan tayar tersebut direka untuk digunakan sehingga 210 km/hr. Jadi kalau bawa ferari tak sesuai gunakan tayar ini.

indek halaju
D = 65 km/jam
E = 70 km/jam
F = 80 km/jam
G = 90 km/jam
J = 100 km/jam
K = 110 km/jam
L = 120 km/jam
M = 130 km/jam
N = 140 km/jam
P = 150 km/jam
Q = 160 km/jam
R = 170 km/jam
S = 180 km/jam
T = 190 km/jam
U = 200 km/jam
H = 210 km/jam
V = 240 km/jam
W = 270 km/jam
Y = 300 km/jam
ZR = 240+ km/jam


Indek beban
75 = 375 kg/tayar
76 = 400 kg/tayar
77 = 412 kg/tayar
78 = 425 kg/tayar
79 = 437 kg/tayar
80 = 450 kg/tayar
81 = 462 kg/tayar
82 = 474 kg/tayar
83 = 487 kg/tayar
84 = 500 kg/tayar
85 = 515 kg/tayar
86 = 530 kg/tayar
87 = 545 kg/tayar
88 = 560 kg/tayar
89 = 580 kg/tayar
91 = 615 kg/tayar
92 = 630 kg/tayar
93 = 650 kg/tayar
94 = 670 kg/tayar
95 = 690 kg/tayar
96 = 710 kg/tayar
96 = 730 kg/tayar

Majoriti daripada kita membeli tayar bedasarkan harga semata mata bukan berdasarkan tujuan sebenar tayar tersebut. Benar kita akan dapat apa yang kita bayar, jadi fikirkanlah berapa yang sanggup kita bayar untuk nyawa kita ataupun keluarga kita. Pastikan wang yang kita belanjakan untuk membeli tayar itu betul betul berbaloi.


Sumber Gambar :  Google Images

loading...