facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Lawak - Kisah 4 Penumpang Keretapi


Masa Johan balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan Johan dan satu kat sebelah. Yang kat depan Johan ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah Johan pulak orang Bangladesh.
Dalam perjalanan tu, mereka pun berborak-boraklah pasal negara sendiri…borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi… bertanyalah si orang Cuba tadi “Why you do that for?“. Dengan selamba mat salleh tu menjawab “Don’t worry, I got a lot American dollar in my country“.
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap…”Why you do that for” kata American tadi… “Don’t worry, i got a lot cigar in my country“.
Terkejutlah Johan dibuatnya. Masa tu Johan tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah sibuk berfikir, Johan pun apa lagi… tangkap Bangla tu terus dia campak ke luar tingkap….belum sempat dia orang tanya lagi Johan pun cakap lah…, “DON’T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY“

No comments

Powered by Blogger.