BR1M Dapat Sambutan Hangat

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN telah menerima dua juta borang permohonan Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M daripada orang ramai sejak diedarkan sejak seminggu lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pihak LHDN telah mula memproses borang berkenaan yang akan diterima sehingga 10 Januari depan.

Tambah beliau, borang skim itu yang dibuat salinan daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan berkenaan.

Jelasnya, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan.

Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Bagi kemudahan orang ramai mendapatkan borang itu juga, ia akan diiklan di akhbar-akhbar utama pada Isnin depan selain boleh memuat turun dari laman web Kementerian Kewangan.

Mereka yang berdaftar dengan e-kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan.

Sumber : TV3


Powered by Blogger.