facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Saturday, 24 December 2011

BR1M - LHDN Dalam Proses Kumpul Data Pemohon Yang Layak



Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN kini dalam proses mengumpul data pemohon yang layak bagi menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M sebanyak RM500.

Menteri Kewangan Ke-2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sehubungan itu meminta supaya kerajaan negeri memberi kerjasama dan bantuan kepada petugas LHDN bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

Tambahnya, proses pendaftaran BR1M berjalan lancar dan sejak dilancarkan 2 minggu lalu, LHDN telah menerima lebih 2.4 juta borang permohonan di seluruh negara.

Katanya, jumlah itu dijangka meningkat sebelum tamat tempoh yang ditetapkan, 10 Januari tahun depan.

Beliau juga menjelaskan kesemua 304 ribu penduduk yang tersenarai dalam daftar E-Kasih akan menerima bantuan secara automatik.

Sumber : Tv3
loading...