Info - Dividen ASB 2011

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
bagi korang yang ada pelaburan atau pinjaman asb sekarang tiba masanya untuk kutip hasil. yeah..


Dividen ASB 2011 adalah sebanyak 7.65% dengan 1.15% bonus. Oklah tu.. 8.8% Jadi dah dapat dividen ni boleh la joli katak, betul tak? Biasanya itulah mentaliti orang kita, sebelum dividen masuk dah ada list apa nak beli dengan duit dividen tu nanti.


Cuma satu je kena ingat, zakat pun kena bayar (kepada yang mampu). Saya pun baru tau wujud zakat wang simpanan ni. Bayarlah zakat kerana zakat itu menyucikan harta. Ikut pemahaman saya, kalau ada lebih daripada RM13000 selama setahun dalam akaun, dah wajib keluarkan 2.5% daripada nilai tu zakat, berdasarkan nisab 85 gram emas pada harga pasaran sekarang iaitu RM156.

Tu anggaran je. Kalau nak tau nilai lebih tempat, eloklah ke pusat zakat je. Info ni saya ambil dari laman web pusat zakat Selangor.

Korang hebat kalau boleh buat duit banyak. Tapi kalau takut nak keluarkan duit tu untuk zakat, memang fail la. Terus hilang kehebatan tu.
Powered by Blogger.