facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Tuesday, 6 June 2017

'Ianya Kalis Air' - Nenek Bawa Ikan Segar Dari Pasar Guna Beg LV Berharga RM4,000 Yang Dihadiahkan Cucu

Seorang lelaki di Taiwan terkejut besar apabila mendapati neneknya menggunakan beg mewah Louis Vuitton (LV) untuk membawa balik ikan segar yang dibelinya dari pasar.
Menurut lelaki tersebut, dia menghadiahkan beg tersebut kepada neneknya baru-baru ini.
Menerusi satu posting di Facebook, lelaki berkenaan berkata bahawa dia membeli beg LV 'Neverfull' selepas sedih melihat beg lama (bukan beg mewah) neneknya sudah rosak.
Tidak lama selepas itu, neneknya bertemu kembali dengan cucunya sambil membawa bag baru itu. Nenek tersebut memuji beg itu kerana kalis air namun merungut kerana sedikit berat.
Di dalam, lelaki terbabit terkejut melihat beg mewah itu penuh dengan barang dapur termasuk beberapa ekor ikan segar.
Di Facebook, lelaki itu berkata dia menjadi speechless apabila melihat semua barang itu. Tetapi, selepas melihat kegembiraan neneknya dengan 'beg pengangkut ikan mewah' itu, dia cuma mendiamkan diri sahaja tenting perkara tersebut.
Beg Louis Vuitton Neverful dijual pada harga lebih RM4,500.
loading...