Inilah 5 Cara Memandu Teruk Yang Boleh Rosakkan Kereta Anda [SIRI 2]

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
5-cara-pandu-teruk-siri-2

KITA bersambung semula dengan lima lagi cara memandu teruk yang boleh merosakkan kereta anda. Semua tabiat itu memang tidak dinafikan kerap dilakukan pemandu ketika memandu. Memang sukar untuk berubah, tetapi bukanlah susah pun mahu berubah.

1. PEGANG TOMBOL GEAR SEPANJANG MASA

pegang-tombol-gear
Tabiat yang biasa dilakukan atau secara tidak sedar pemandu kereta manual ialah meletakkan satu tangan di roda stereng dan satu lagi memegang tombol gear sepanjang masa.
Tahukah anda tabiat meletakkan tangan pada tombol gear sepanjang masa boleh menyebabkan tekanan ke atas sesendal (bushing) transmisi dan penyegerak (synchronizer), sekali gus berisiko membuatkan kotak gear rosak lebih awal. Kedua-dua tangan anda sepatutnya memegang roda stereng. Anda bukan saja membantu memanjangkan jangka hayat transmisi, tetapi juga memudahkan anda mengawal kenderaan jika berlaku situasi mencemaskan.

2. ABAIKAN KLAC

pijak-pedal-klac
Sekali lagi, memang ramai pemandu manual melakukan tabiat ini, iaitu memijak rapat pedal klac apabila kereta sedang berhenti. Ini memudahkan anda bergerak sedikit demi sedikit dengan cara melepaskan pedal klac saja, tanpa menginjak pedal minyak.
Bagaimanapun, membiarkan klac dipijak begitu ketika berhenti menyebabkan permukaan klac saling mengikis, cepat haus dan kemungkinan rosak. Ia juga boleh merosakkan bering rilis, lengan rilis, dan plat tekanan.
Nasihat kami, jangan sesekali memandu sambil memegang tombol gear, bebaskan klac dan letakkan tombol gear pada posisi Neutral (N). Apabila perlu bergerak, barulah tekan pedal klac dan memandu seperti biasa.

3. BAWA BARANG TERLAMPAU BERAT

kereta-beban-lebih
Semakin berat kereta, semakin tinggi tekanan ke atas trenpacu (drivetrain), suspensi dan brek serta penggunaan minyak yang banyak. Anda sepatutnya cuba menjadikan kereta seringan mungkin. Tidaklah sampai perlu menanggalkan penyaman udara dan sistem bunyi, tetapi bersihkanlah apa saja benda yang tidak diperlukan dalam kereta.
Apabila berat diringankan, kereta anda mampu mencatatkan lebih kilometer, terutama apabila memandu jauh. Pastikan kereta anda dimuatkan dengan benda penting sahaja, manakala barangan tidak diperlukan disimpan di rumah.

4. KERAP TEKAN BREK KETIKA TURUN BUKIT


Ramai pemandu kerap membrek ketika memandu menurun bukit untuk memperlahankan kenderaan mereka. Tetapi, tindakan itu membuatkan haba terbina pada brek dan rotor hingga menyebabkan alat ganti tersebut cepat haus, termasuk berisiko mengalami masalah panas melampau (overheat) atau meleding (warp).
Cara penyelesaiannya ialah memandu dalam gear rendah. Proses nyahmampatan (decompression) semulajadi terhadap trenpacu akan membantu mengekalkan kereta anda pada kelajuan selamat. Cara itu sebenarnya lebih berkesan berbanding menggunakan brek sepanjang masa.

5. ABAIKAN TANDA AMARAN

kereta-bising
Apabila sesuatu yang tidak kena terjadi ke atas kereta anda, itu ialah cara kereta anda berkomunikasi. Sebarang getaran pelik, kekerapan bunyi keriuk, ketukan sekali sekala atau simptom luar biasa lain ialah petanda bahawa kereta anda perlu diperiksa.
Anda mungkin rasa tiada masalah berlaku. tetapi lebih lama anda menunggu, lebih banyak masalah akan menimpa, terutama apabila alat ganti atau sesuatu bahagian mekanikal rosak tiba-tiba dan anda pula terkandas di tengah jalan.
Powered by Blogger.