10 Resepi Makanan Semasa Travel Yang Mudah Di Sediakan

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini


Pek Perencah Makanan Semasa Travel

Salam sejahtera buat yang rajin membaca blog saya ni. Terima kasih pada yang sudi membaca dan sentiasa membaca walaupun saya hanya dapat update sekali-sekala.
Saya teringat waktu bawa anak kali pertama di musim sejuk hari tu . Dua-dua anak saya tu  kuat makan . Makanan segera Pek Brahim tu anak saya tak berapa suka. Jadi nak tak nak terpaksalah saya masak lauk yang simple-simple.
Bangun pagi-pagi masak buat breakfast dulu. Selebihnya buat bekal untuk makan tengahari. Selalunya bekalan tu untuk standby kalau tak jumpa kedai yang jual kebab. Sekeping kebab pun harga puluh ringgit. Kalau tiap-tiap hari sampai 3 kali makan kebab mau muntah kebab kat sana.
Idea ni sebenarnya saya dapat dari kawan saya yang memang tak boleh telan pek Brahim lama-lama. Contohnya semasa saya menginap di apartment berdekatan dengan Seoul Station December 2016 yang lepas memang tak perlu bawa pek Brahim tu banyak-banyak pun.
Di dalam Seoul station tu ada Lotte Mart dan banyak barang  basah yang boleh kita buat lauk yang mudah-mudah. Apa yang perlu kita bawa hanyalah perencah sebelum terbang. Saya masak nasi dan lauk dalam  mini cooker yang saya beli sebelum ni ( saya tak guna peralatan memasak dalam aparment )
Antara resepi makanan semasa travel yang saya buat lebih kurang macam dalam senarai ni :


Pek perencah yang boleh dic ampur dalam nasi atau sayur

1.Nasi Goreng Adabi
Bahan utama : Perencah Nasi Goreng Adabi
Bahan tambahan: Telur Rebus/minyak sayur/margerin
Masak nasi macam biasa. Dah masak saya campurkan sahaja perencah nasi goreng Adabi ke dalam nasi yang dah masak tadi. Nak tambah lauk hanya rebus telur . Telur rebus pun boleh di makan begitu sahaja. Punyalah senang nak siapkan resepi ni.
2. Nasi Goreng Margerin
Bahan utama :   Perencah Sayur 3 Rasa
Bahan tambahan : Margerin /sayur dalam pek/udang
Masak nasi macam biasa dan tambah udang yang dah di potong-potong . Dah masak nasi tambah margerin sesudu dua dengan Perencah Sayur 3 Rasa. Gaul rata-rata dan tunggu dalam 5-10 minit. Rebus telur sebagai tambahan hidangan.



Ikan salmon asam pedas – Kredit Foto Aziejaya.blogspot.my

3. Asam Pedas Salmon Segera
Bahan utama : Pek Asam Pedas Adabi
Bahan tambahan : Ikan  / tomato/bendi/cili besar
Masukkan ikan dalam periuk dan tambah air agak-agak mencukupi. Masukkan pula pek perencah asam pedas Adabi dalam periuk tadi dan kacau. Belah cili besar dan tomato masukkan dalam periuk sampai masak. Ikan apa pun tak kisah masak asam pedas ni.
Banyak juga resepi dalam blog dia yang saya selalu try masak. Semua resepi yang saya try sedap belaka bila dah siap.


Perencah tomyam pek kecik

4.Tomyam Seafood Segera
Bahan utama : Pes Tomyam Adabi
Bahan tambahan : Makanan laut dalam pek ( udang,sotong, tiram )
Masukkan udang , sotong, tiram dalam pek dalam periuk dan rebus. Sambil tu masukkan pes tomyam untuk tambah perisa. Sedap di makan panas-panas sewaktu balik dari pergi berjalan-jalan. Lagi sedap ada sambal ikan bilis goreng penambah pedas.
5.Sardin Segera
Bahan utama : Sardin dalam tin
Bahan tambahan : Tomato ceri / limau nipis/cili api/bawang
Resepi ni lagi senang dan memang saya adik beradik cukup suka makan ramai-ramai kalau balik kampung.
Hiris bawang besar  dan gaulkan sekali dengan cili api yang di hiris / di pecahkan sikit-sikit. Perahkan limau nipis sebagai penghilang bau iakn sardin.
Nak tambah sedap makan dengan tomato ceri . Inilah makanan semasa travel saya masa dekat London dulu sebab paling senang nak buat.



Santan dalam kotak dan serbuk santan segera

6. Sambal Telur Rebus
Bahan utama : Perencah Nasi Goreng Adabi
Bahan tambahan : Telur rebus / margerin atau minyak
Rebus telur sampai masak. Selepas itu masukkan sedikit margerin jika tiada minyak untuk tumis perencah nasi goreng Adabi tadi. Paling bagus masukkan perencah tadi dalam beberapa pek dan tumis sekejap . Dah tumis curah je tumisan tadi pada telur rebus yang telah di potong dua. Ada salad pun sedap buat ulam.
7. Sambal Sardin
Bahan utama : Sardin dalam Tin
Bahan tambahan : Perencah nasi goreng / limau nipis /margerin atau minyak sayuran/ bawang besar /bawang putih
Tumis perencah nasi goreng dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Selepas itu masukkan sardin dalam tumisan tadi. Perah sedikit limau nipis serta garam secukupnya. Hidangan dah pun siap. Nak pedas lagi masukkan hirisan cili api dalam lauk sardin tadi.


Perencah sambal dan asam pedas segera

8.Sambal Udang
Bahan utama : Udang basah ( sotong atau tiram pun boleh )
Bahan tambahan : Telur /minyak/ perencah sambal udang Brahims
Tumis perencah sambal udang Brahims dengan minyak atau margerin. Masukkan  udang. Buat macam sambal udang yang biasa kita masak dan perahkan limau nipis sebagai perisa tambahan. Goreng telur dadar tanpa minyak atau dengan sedikit margerin sebagai tambahan lauk di makan bersama.
9.Nasi Lemak Segera
Bahan utama : Beras
Bahan tambahan : Santan kotak atau serbuk santan segera
Bawa santan dalam kotak atau serbuk santan dalam pek. Masak nasi seperti biasa. Kalau guna santan kotak terus masukkan semasa masak. Kalau guna serbuk santan dalam pek masukkan selepas nasi baru nak kering.
Makan dengan sambal goreng panas-panas waktu breakfast. Sedap hingga menjilat jari. 


10. Masak Lodeh Dengan Kuah Kacang
Bahan utama : Pek Nasi Impit
Bahan tambahan : Pek Kuah kacang/lobak/kobis/kacang panjang/santan/
Campurkan semua sayur dengan santan dan bubuh sedikit kunyit.Dah masak boleh makan dengan nasi impit dan kuah kacang.
Senangkan nak buat makanan untuk travel ni ? Cuma bawak perencah nasi goreng dan pes tomyam tu lebih sikit. Tak berat beg dan kita boleh beri anak makan macam biasa.
Satu lagi dengan cara ni tak perlu kita bawak pek Brahim tu banyak banyak dan tak habis makan semasa travel nanti. Lepas tu tak habis buang je sebab beg dah berat hu hu.
Selain nasi dan lauk yang kita masak tu sedap, halal ia juga menjimatkan belanja makan di luar. Sesekali makan di luar tak ada masalah.
Nak makan hari-hari pun boleh asalkan ada duit untuk bayar. Makanan semasa travel tak perlu sempurna sebab lauk macam ni bila sejuk-sejuk dan makan ramai-ramai memang confirm pinggan licin.
Kredit: Kaki melancong
Powered by Blogger.