5 Tip Buat Rumah Terbuka Versi Bajet, Tapi Masih Mengekalkan Suasana Hari Raya

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini


Foto: harianmetro

Seperti kebiasaan, setelah seminggu meraikan hari raya aidilfitri sudah pasti ada di antara kita yang merancang untuk mengadakan rumah terbuka, setelah ramai mula pulang ke rumah masing-masing.

Rumah terbuka dilakukan bagi menjemput kenalan dan jiran tetangga untuk meraikan mereka, dan pada masa yang sama memeriahkan lagi sambutan hari raya.

Mungkin ada di antraa kita yang ingin menjemput rakan, saudara-mara mahu pun jiran, tapi disebabkan kekangan wang ringgit, mereka terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Ini kerana, sebelum membuat rumah terbuka, banyak yang harus dititikberatakan, seperti jumlah jemputan, menu, dan juga kuantiti makanan.

Bagi yang bekerluarga mungkin boleh berkongsi wang sesame sendiri, tapi bagi yang mempunyai bajet yang terhad, seperti bujang, bagaimana pula caranya?

Namun jangan risau, kerana dengan 5 tip ini, kita sudah boleh buat rumah terbuka yang ringkas, mengikut kesesuaian bajet yang ada.

1. Terhadkan jemputan

Boleh sahaja merealisasikan rumah terbuka, tapi perlu hadkan jumlah tetamu.

Jemput yang mana dekat, sanak-saudara, jiran mahu pun rakan rapat, seseuai dengan bajet yang minimum.

Biarpun tidak ramai, sekurang-kurangnya anda dapat menjamu mereka yang rapat dengan juadah di rumah.

2. Masak sendiri

Nak tempeh catering sememangnya memerlukan modal yang tinggi, lebih-lebih lagi ada yang mengenakan jumlah minimum tetamu jika inginkan khidmat mereka.

Jadi, apa salahnya jika anda sendiri yang masak, boleh tunjukkan kehandalam memasak, dan di situ sudah boleh berjimat dengan banyak.

Duit yang lebih, boleh digunakan untuk keperluan lain.

Hidangkan juga kuih raya yang dibawa dari kampung kepada tetamu.


3. Pilih menu tertentu

Jika ingin buat tempahan juga, boleh, tapi dalam kuantiti yang sedikit, atau pun menu yang anda sukar untuk sediakan.

Yang lain, boleh buat sendiri, lagi pun jumlah tetamu bukanlah begitu ramai.

Apa yang penting, tidak membazir dengan menu yang banyak.

4. Elak makanan berlebihan

Walau apa pun, buat kiraan yang betul, jangan masak terlalu banyak, pastikan kuantitinya tidak berlebihan kerana bimbang berlaku pembaziran.

Ingat tujuan asal anda iaitu menjamu tetamu dan bukannya menunjuk-nunjuk.

Biar cukup jangan tak habis!

5. Kongsi dengan rakan

Kalau dah duduk menyewa, boleh sepakat dengan rakan rumah, kumpul duit dengan mereka.

Daripada menganjurkan sendiri, ada baiknya jika anda berkongsi duit dengan rakan serumah mengadakan rumah terbuka.

Bukan saja jimat malah ia lebih meriah kerana anda juga dapat berkenalan dengan kenalan rakan serumah.

Inilah masanya untuk anda menjalin ukhuwah.

Sumber: Harian Metro
Powered by Blogger.