facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Friday, 7 July 2017

AKIBAT SIKAP ‘KEMUT’ DAN TERLALU BERKIRA, FIZO OMAR KEHILANGAN KAMERA RIBUAN RINGGIT




Benarlah kata pepatah siapa tamak dia rugi.
Pelakon Fizo Omar baru-baru ini berkongsi kisah bagaimana dia pada awalnya mahu bersedekah namun akhirnya berasa ragu-ragu berbuat demikian. Sikap berkira sudah menguasai dirinya!
Natijah, memang dia menerima padah atau kesannya secara ‘cash’ di depan mata.
“Mulanya berhajat nak bagi RM50, tapi bertukar bagi RM20 sahaja,” cerita Fizo menerusi laman Facebook miliknya.
Dia berasa tersentuh dengan situasi yang dialami pemandu GrabCar yang dinaikinya. Pemandu berbangsa Cina itu dikatakan melalui pelbagai cabaran dalam mencari wang untuk menanggung ibunya.
Fizo pada waktu itu, mula berhajat untuk memberikan sumbangan atau sedekah sebanyak RM50. Namun, ketika sampai ke destinasi, dia menukar fikiran dan hanya memberikan RM20 sahaja.
“Mula-mula saya nak bagi dalam RM50, nak bagi dekat mak dia untuk makan tapi niat itu berubah apabila ‘dihasut’… hmmmm buka wallet tengok ada duit RM20 dan RM50. ‘Hasutan’ tu membuatkan saya ubah niat dengan bagi dia RM20 je,” katanya lagi.

Sampai sahaja di rumah, pelakon ini menyedari barang berharganya iaitu kamera bernilai ribuan ringgit sudah tertinggal dalam kenderaan itu.
“Masa nak balik saya baru perasan kamera kesayangan yang baru dibeli tercicir dalam kereta tadi. Apa lagi, terus call dia. Dalam hati macam… hmmm… bye bye sudah kamera tu… terus fikir negatif macam-macam.
“Tiba-tiba, pemandu itu hubungi saya semula beritahu kamera itu ada padanya,” ujarnya.
Akhirnya, Fizo mendapat semula kamera miliknya sekitar jam 1 pagi dan ternyata kejadian itu memberi kesan tersendiri kepada dirinya.
“Pada saya, Allah telah menghantar seseorang kepada saya untuk mengingatkan tentang dalam rezeki yang kita dapat ada rezeki orang lain,” katanya yang menyesali sikap berkira diri sendiri. – Sumber: FB Fizo
loading...