Cara Penjagaan Rambut | Penjagaan Mudah Untuk Semua Jenis Rambut

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Image result for penjagaan rambut

Tak kira rambut anda jenis lurus, kerinting atau pun ikal mayang semuanya ada kelebihan tersendiri. Rambut lurus mudah dijaga dan dirapi, manakala ikal mayang pula nampak lebih cantik dan seksi. Rambut jenis kerinting pula sering dikatakan unik dan penampilan mereka mencuri pandangan orang di sekelilingnya. Namun, mahkota wanita memerlukan penjagaan rapi agar ia kekal sihat dan cantik. Mari kita lihat cara penjagaan rambut yang mudah untuk anda amalkan.

Santan : Menghitamkan Rambut

Cara penjagaan rambut yang pertama ialah mengatasi masalah kegatalan rambut. Untuk menghilangkan kegatalan dan kelemumur yang sangat menjengkelkan, gosok bahagian kulit kepala secara perlahan-lahan dengan buah limau purut yang dibelah dua. Amalkan selang sehari untuk dapatkan hasil efektif. Selepas 2 minggu, perapkan rambut dengan menggunakan santan kelapa. Sapu rata pada seluruh rambut anda dan balut kepala anda dengan tuala. Biarkan selama 15-20 minit sebelum bilas dengan air bersih. Santan bukan sahaja menghitamkan rambut malah membuatkan kulit kepala kita rasa lebih nyaman.


Gel Lidah Buaya (Aloe Vera)

Kepada wanita yang mengalami masalah keguguran rambut, anda boleh cuba petua mudah ini. Selalunya, masalah keguguran berpunca dari cuaca yang sangat panas. Di samping itu, masalah keguguran juga berpunca dari salah pemakaian shampu. Oleh itu, anda boleh cuba gunakan petua aloe vera ini. Potong aloe vera itu kepada dua bahagian. Ambil gel nya dan sapukan pada kulit kepala anda. Perapkan kepala anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih. Gel aloe vera sangat baik untuk kulit kepala selain menyejukkan kulit dan mengatasi masalah rambut gugur.


Kulit Tembikai : Membersihkan Kotoran

Cara penjagaan rambut yang seterusnya ialah dengan menggunakan kulit temibikai. Anda pernah mengalami rambut dan kulit kepala anda kadang-kadang berasa gatal dan berminyak? Ini adalah kerana kotoran seperti habuk, debu dan asap yang terdapat di rambut anda setelah anda keluar berjalan. Manakala untuk wanita bertudung, mungkin keadaan kulit kepala anda terdedah kepada bakteria yang berkumpul akibat daripada berpeluh. Oleh itu, kulit tembikai ada kebaikannya dalam membersihkan segala kotoran. Sediakan sebiji tembikai dan ambil dalam kulit tembikai (yang berwarna putih). Kemudian gosok perlahan-lahan ke kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala selama 20-30 minit dan bilas sehingga bersih. Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala daripada daki dan kotoran


Yogurt : Perapi Semula Jadi (Natural conditioner)

Hmmm yogurt… sedapnya! Hehehe! Kalau anda nak tahu, yogurt bukan sahaja sedap dimakan malah ia juga dapat membantu untuk sihatkan kulit kepala di samping melembapkan kulit kepala. Anda mesti pernah rasa rambut anda terasa kering dan bercabang. Rimasnya! Habis semua rambut berserabai. Bad hair day! Oleh itu, yogurt yang sedap ini datang membantu. Ia bertindak sebagai perapi dan khasiat yang terkandung dalam makanan ini dapat membantu rambut rosak. Ambil yogurt natural (plain), kemudian ambil sedikit yogurt tadi satu sudu dan oleskan pada rambut anda secara merata. Biarkan selama 15-20 minit sebelum bilas dengan air bersih.


Pilih Syampu Yang Bersesuaian

Cara penjagaan rambut yang terakhir sekali ialah pilih syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut anda. Ini adalah sangat penting kerana setiap rambut ada kriteria masing-masing dan setiap syampu yang anda pilih ada bahan kimia yang khas untuk setiap jenis rambut. Oleh itu, adalah lebih baik anda pilih syampu yang menggunakan ramuan semulajadi dan mempunya perapi rambut yang dapat melembapkan rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut, pastikan syampu itu diratakan pada seluruh kepala untuk menyihatkan akar-akar rambut.
Sumber : thecovets
Powered by Blogger.