Kereta peronda JPJ terlibat dalam kemalangan

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Kereta peronda JPJ kemalangan
KEADAAN kereta peronda JPJ yang terlibat dalam kemalangan dengan empat kenderaan lain di Nilai, petang tadi. - GAMBAR LAMAN SOSIAL

KEADAAN kereta peronda JPJ yang terlibat dalam kemalangan dengan empat kenderaan lain di Nilai, petang tadi. - GAMBAR LAMAN SOSIAL

SEREMBAN 3 Julai - Sebuah kenderaan peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat dalam kemalangan dengan empat kenderaan ketika mengejar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mencurigakan di Kawasan Perindustrian Arab-Malaysia di Nilai dekat sini petang tadi.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, tiga anggota yang melakukan rondaan melihat MPV Honda Stream mencurigakan di Jalan Semarak lalu mengekorinya pada pukul 5.15 petang.

Menurut beliau, anggota tersebut mengarahkan pemandu berkenaan iaitu lelaki berusia 30-an memberhentikan kenderaan namun, suspek melarikan diri dengan memecut kenderaan terbabit.

"Tindakan lelaki terbabit menyebabkan anggota JPJ mengejarnya sebelum suspek merempuh sebuah kereta lalu terbabas dan terlibat dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain termasuk kenderaan peronda JPJ," katanya di sini.

Azrin berkata, tiga anggota dan suspek serta pemandu lain tidak cedera dalam kejadian itu.


Ujarnya, lelaki itu telah menyerah diri dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. - UTUSAN ONLINE
Powered by Blogger.