Maut selepas terbabas

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

PENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi maut selepas kenderaannya terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan di Jalan Baru Bukit Jong-Paloh, dekat Kampung Banggol Donas, Kuala Nerus pada 6.30 petang tadi.
Kejadian berlaku ketika mangsa, Putera Edy Nurazeraf Abd Aziz, 33, dari Kampung Losong Haji Mohd, Kuala Terengganu yang menunggang BMW HP4 dalam perjalanan dari arah Kampung Kubang Jela menghala ke Kampung Jeram, Manir.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan sebaik mangsa tiba di kawasan berhampiran dengan bangunan Kompleks Usahawan Terengganu.
"Kejadian itu menyebabkan mangsa parah di kepala selain putus tangan dipercayai akibat terkena besi pembahagi jalan," katanya.
Mayat mangsa yang bekerja sendiri kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan trak polis untuk proses bedah siasat.

Sumber : MyMetro
Powered by Blogger.