Osman Zailani sudah tiada

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini


PELAKON veteran Osman Zailani meninggal dunia pada usia 85 tahun di Hospital Khoo Teck Puat (KPTH), Singapura, 9.30 malam semalam.
Osman atau nama sebenarnya Mohammad Kechut dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 23 Jun lalu iaitu dua hari sebelum Aidilfitri.
Berita pemergian Allahyarham disampaikan cucunya yang juga penyanyi, Hady Mirza menerusi Facebook kira-kira 11 malam semalam.
"Salam semua. My atok sudah kembali ke rahmatullah jam 9.30 pm tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (Mohammad bin Kechut aka Osman Zailani)," tulisnya di Facebook.
Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang dari KTPH ke rumahnya di Yishun, Singapura dan akan kebumikan hari ini.
Pelakon yang popular dengan drama bersiri PJ Holdings di Malaysia pada awal 1980-an itu dikatakan sudah terlantar sakit sejak lebih dua minggu lalu.
Selain PJ Holdings, Allahyarham turut membintangi beberapa filem di Malaysia dan Singapura antaranya Sesejuk Air Mata Ibu, Tujuh Biang Keladi, Suratan Kasih dan Banting.
Pada 1979, Allahyarham pernah membawa watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan juga watak Bob dalam filem Saint Jack.

Sumber : MyMetro
Powered by Blogger.