facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Tuesday, 4 July 2017

Pantai Yang Terbentuk Akibat Pengeboman Tentera di Mexico


Terdapat banyak lokasi 'Hidden Beach' di dunia ini, namun tak semuanya seunik pantai tersembunyi di Kepulauan Marietas, Mexico ini. Keunikan terletak pada pembentukannya - hasil daripada aktiviti pengeboman tentera.

Info Ringkas:
  • Kepulauan Marieta adalah gugusan kepulauan kecil yang tidak berpenghuni terletak beberapa batu di luar pantai Nayarit, Mexico. 
  • Sejak pulau-pulau ini dilabelkan sebagai taman negara oleh kerajaan Mexico, terdapat peningkatan dalam populasi hidupan laut kerana pulau-pulau telah dilindungi dari aktiviti memancing dan memburu. 
  • Sejak beberapa tahun yang lepas, Kepulauan Marieta telah bertukar menjadi destinasi pelancongan yang popular disebabkan kaya dengan fauna seperti ikan paus, ikan lumba-lumba dan ikan pari. 
  • Di antara keajaiban semula jadi di pulau-pulau itu, salah satunya adalah "Playa del Amor" yang bermaksud "pantai cinta" tetapi biasanya dirujuk sebagai "Pantai tersembunyi". 
  • Pantai ini dipanggil sedemikian kerana ia sama sekali tersembunyi di dalam gua sinkhole, dan hanya boleh dicapai dengan berenang melalui terowong yang pendek dan sempit. 
  • Walaupun pantai itu sendiri adalah semula jadi, sinkhole yang mana di bawahnya terletak pantai tersebut dilaporkan adalah buatan manusia.
  • Kerajaan Mexico mula menggunakan pulau-pulau di situ sebagai tempat latihan ketenteraan sebelum Perang Dunia Pertama. 
  • Aktiviti pengeboman terkawal ini telah membentuk banyak gua dan pembentukan batu lain yang unik di Kepulauan Marietas. 
  • Menurut sumber, Pantai Tersembunyi di Marietas telah 'dicipta' akibat aktiviti pengeboman tentera seiring dengan hakisan semula jadi batu sekitarnya.


Lagi gambar-gambar menarik:








source: dailymail, amusingplanet
loading...