Periuk Nasi Untuk Travel Yang Mudah Di Gunakan

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

Periuk nasi untuk travel

Post ni sebenarnya dah lama terperap. Hari ni saya keluarkan sebab nak komen penggunaannya semasa saya travel hari tu. Saya ada beli periuk nasi untuk travel atau portable rice cooker di Aeon Seremban 2. Harga RM 109 .Comel je macam balang kuih raya lebih kurang saiznya.


Saja beli nak tengok ok ke tak sebab nampak tak makan ruang . Periuk nasi jenama Elba 1.2 Liter dengan waranti 1 tahun.Mula mula nak beli periuk nasi untuk travel ni di lelong.com.my atau Lazada brand Nova .Oleh kerana portable rice cooker Nova tu dah out of stock saya beli je brand Elba ni masa singgah Aeon.


Pandangan mata kasar periuk nasi ni kecik je tapi boleh masak 2.5 pot ikut sukatan . Ikut dalam description periuk nasi ni untuk 1-2 orang makan tapi bila dah masak saya tengok sekali masak 4 orang boleh makan. Masak pun tak lama dalam 15 minit nasi dah siap. Saya test sebelum travel takut terkena rice cooker yag terpaksa tunggu berjam-jama baru boleh masak hu hu.

Segala kelengkapan periuk nasi untuk travel

Satu yang saya suka periuk nasi ni  sebab periuknya boleh di tanggalkan. Saya memang kurang gemar jenis yang sekali dengan badan periuk .Susah nak cuci jenis yang body periuk jenis detachable .


Dalam kotak ada di lengkapkan sekali dengan pot plastik yang ada sukatan berapa beras dan berapa air yang perlu kita letak. Sudip kecik pun ada cuma saya pakai sudu je sebab rasa sudip kecik tu comel sangat nak senduk nasi dalam pinggan.


Ada juga satu bekas khas warna putih dan berpenutup yang boleh di jadikan bekas makanan . So kalau tak bawa bekas makanan boleh guna cuma kena letak dalam plastik supaya tak tumpah. Saya cuma guna letak makanan atas meja je. Kalau letak dalam beg saya ada bawa tupperware container yang memang saya pakai setiap kali travel.


Periuk nasi untuk travel ni juga jenis under coating atau yang tak melekat di bahagian dalam. Senang dan cuci dan nasi tak berkerak. Kalau berkerak pun sikit saja dan mudah sangat di cuci bila kita guna sudip nasi. Tak perlu rendam dengan air nak bagi kerak nasi lembut pun.


Perencah makanan segera yang mudah di sediakan

Masa saya gunakan di Seoul hari tu macam macam nasi goreng saya buat guna periuk nasi ni. Dah masak nasi saya letak margerin dan tambah perencah sayur  sebab hari hari makan pek Brahim pun tak dapat nak telan juga ye tak ? Esoknya saya guna perencah nasi goreng Adabi pula.Sedap je makan time panas panas.


Nak masak seafood pun boleh.Masukkan je semua seafood yang dah siap dalam pack dan campurkan dengan perencah tomyam dah siap.

Tak perlu sempurna sangat bila berada di luar negara asal perut kenyang. Anak anak pun suka sebab hari hari resepi lain lain asalkan ada nasi. Kalau ada nasi buat breakfast memang kenyang  .Jadi saya suggest sesiapa yang nak travel dan jimat belanja bawa je portable cooker ni di samping makanan segera lain yang biasa di bawa .


Saya dah kira kalau setakat nak lunch  dekat kedai makanan halal seorang makan RM 30++. Kalau 3 orang makan RM 90. Itu baru sekali makan untuk lunch satu hari saja. Kalau 7 hari x RM 90 = RM 630. Boleh bangkrap kalau hari hari makan di kedai.


Ada sekali masuk kedai makan Siti Sarah di Itaewon pun entah apa-apa rasa lauk yang di masak ( macam makanan tak sudah ). Bukan nak perfect cuma di luar nampak banyak menu, masuk kedai 2-3 jenis je yang ada. Maybe sebab ramai orang dan meja pun tak terurus sebab meja orang habis makan tak di bersihkan. Nak bagi berapa bintang pun tak tau .

Kesimpulannya periuk nasi untuk travel atau portable rice cooker Elba ni berbaloi untuk di bawa . Ia khas untuk orang yang tak berapa nak berduit macam saya dan much better kalau travel bawa anak. Bila ada rice cooker senang nak masak dan bawa bekal dan yang penting jimat belanja.

Sumber: Kaki melancong

Powered by Blogger.