Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

Petaling Jaya, 3 Julai - Shell memutuskan untuk menarik balik semua papan poster wanita yang mempromosikan bahan api itu di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu diambil oleh syarikat minyak terbabit selepas beberapa foto viral memaparkan beberapa lelaki bertindak tidak senonoh terhadap poster berkenaan baru-baru ini.

Shell dalam satu kenyataan berkata ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan itu yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.

Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi lagi imej-imej ini. Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta-merta,” katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Sebelum ini, lelaki yang mengaku sebagai salah seorang yang berkelakuan tidak senonoh terhadap model wanita itu memuat naik permintaan maaf di Facebook.

Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun... saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya.

Sementara itu, model pada poster berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Bagaimanapun, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang 'mencabul' poster gambarnya, sebaliknya memaafkan mereka.

Sumber: mStar Online
Powered by Blogger.