Tidak ambil mudah

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini


Nama pelakon jelita berdarah kacukan Melayu dan Jerman, Maya Karin, 37, tidak perlu diperkenalkan lagi di persada perfileman tanah air.
Bakat lakonannya sudah diiktiraf dan pernah menggenggam pelbagai anugerah sekali gus membuatkan nama Maya terus bertahan lebih sedekad dalam bidang lakonan.
Ternyata, namanya terus menjadi buruan pengarah dan produser filem untuk beraksi sebagai heroin di layar perak.
Selepas empat tahun tidak berlakon filem, Maya kembali dengan filem terbarunya iaitu genre seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof tahun ini.
Pada sesi fotografi yang diatur di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini, pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke ini mengakui dia gementar kerana baru kali pertama bekerjasama dengan Syamsul di layar filem.
Sumber : MyMetro
Powered by Blogger.