facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Friday, 28 July 2017

'You need to stop this! (makan tepi jalan) - Chef Wan tegur Dato' Aliff Syukri


Selain terkenal dengan gelagatnya mempromosi produk kecantikannya, jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri juga terkenal dengan sikapnya yang humble seperti makan di tepi jalan. 

Umum tahu Dato' Aliff Syukri selalu makan makanan yang dimasak oleh dirinya sendiri atau isterinya ketika berada di luar negara sama ada di tepi jalan, di dalam hotel dan macam-macam tempat lagi yang kita mungkin tidak tahu. 

Bagi sesetengah orang, why not? Tak salah, kan? Itu kata anda tetapi tidak bagi Chef Wan yang tidak bersetuju dengan tindakan Aliff itu yang dilihat agak mencemarkan sedikit imej Malaysia. 

Terdahulu, Aliff memuat naik video dengan kapsyen yang mengatakan dia dan keluarganya dihalau dari sebuah restoran kerana membawa makanan luar. 

"Sedih bila saya bawa pergi restoran, bawa bekal sebab di sini makanan halal amat susah nak dapat. Baru saja cadang nak order air biar cover sikit nak tumpang makan. Tetapi kami kena halau. Jadi kami makanlah di tepi jalan. 


"Kalau senang nak dapat makanan halal di Swiss dan Milan ini, sure tak jadi macam ini adik manis. 

"Kalau pergi Vietnam, Thailand, Bangkok, Jakarta, we all semua makan di hotel. Cuma tak sempat nak upload saja," katanya. 


Bagaimanapun bagi Chef Wan, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan. Lagipun Dato' Aliff Syukri bukannya tak ada duit sehingga terpaksa makan di tepi jalan? 

"It's not good image to eat in public seperti ini for Malaysia tau. You bukan tak ada duit punya orang Dato'! Image as rakyat Malaysia mesti kita jaga bila abroad. 

"Please, you need to stop this!" katanya Chef Wan. 


Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Chef Wan. Walaupun begitu, ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan teguran itu dan berkata, adalah hak Dato' Aliff Syukri untuk makan di mana-mana sahaja. 

Sumber : thereporter
loading...