Geram paparan skrin Smart Tag rosak? Repair guna pemadam dan pencil 2B je

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

Tak sampai setahun digunakan, Smart Tag dah rosak dan paparan di skrin alat peranti itu tidak dapat menunjukkan dengan jelas berapa baki nilai dalam kad Touch and Go. Jadi, bagaimana cara untuk menangani masalah ini? Beli Smart Tag baru dengan harga RM127? Kemudian masalah yang sama berulang lagi? 

Oh tidak! Jangan buat diri anda rugi besar bro! Menurut perkongsian dari laman World of Buzz, anda hanya perlukan tiga benda ini sahaja untuk menyelesaikan masalah peranti tersebut.

BAHAN-BAHAN 
  1. Smart Tag yang paparan skrinnya tak betul
  2. Sebatang pencil 2B
  3. Seketul getah pemadam
  4. Satu set pemutar skru yang anda boleh dapatkan di DIY harga di bawah RM10

CARA-CARANYA

1. Keluarkan bateri dan kad Touch 'n Go.


2. Ambil pemutar skru yang hujungnya berbentuk bintang


3. Buka dua skru seperti yang ditunjukkan pada gambar.


4. Buka skru yang dilindungi pelekat waranti. Sama ada terus cucuk pelekat itu atau tanggalkan pelekat itu terlebih dahulu. 


5. Tanggalkan penutup bahagian atas dengan menggunakan pemutar skru kepala rata secara perlahan-lahan.


6. Tanggalkan penutup bahagian bawah dengan perlahan dengan menggunakan pemutar skru kepala rata.


7. Tanggalkan bekas plastik putih seperti yang ditunjukkan pada gambar. 


8. Ini adalah suis. Gunakan test pen atau pemutar skru untuk menekannya bila lakukan uji cuba nanti. 


9. Paparan di skrin Smart Tag tidak berfungsi dengan baik kerana sentuhan 'ribbon cable' dengan kad Touch 'n Go yang lemah. 


10. Gosok ribbon cable dengan pensil 2B selama 10 saat secara perlahan-lahan. 


11. Kemudian tekapkan kad Touch 'n Go pada Smart Tag dan tekan suisnya menggunakan test pen. Oh ya, jangan lupa masukkan bateri dulu. 


12. Paparan di skrin Smart Tag sudah kembali berfungsi seperti biasa. Jika masalah masih belum selesai, gosok ribbon cable itu dengan pemadam dan ulangi langkah 10 dan 11 sehingga masalah anda berjaya diselesaikan.


13. Setelah semuanya selesai, pasang semula semua komponen Smart Tag dan jangan lupa pasang balik butang punat suis. 


Powered by Blogger.