Pasar raya umum jual burger ulat

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

Zurich: Sebuah pasar raya di Switzerland mengumumkan menjual daging burger yang diperbuat daripada ulat kumbang sebagai alternatif kepada daging lembu.
Pasar Raya Coop mengumumkan, tujuh rangkaian kedai itu di seluruh Switzerland menjadi yang pertama menjual Burger Serangga Essento dan Bebola Daging Ulat bermula Isnin ini.
Kedua-dua produk itu dihasilkan daripada ulat kumbang yang diternak sebagai sumber protein.
Burger ulat itu juga mengandungi nasi, lobak dan pelbagai rempah.
Harga untuk sebungkus yang mengandungi dua daging burger dijual pada harga AS$9.25 (RM40) manakala bungkusan yang mengandungi 10 bebola daging juga dijual pada harga yang sama.
“Makanan ini mempunyai potensi masakan yang besar dan produk ini membantu menjimatkan sumber serta berkualiti dan mengandungi nutrisi tinggi.
“Ulat ini adalah satu diet moden yang lengkap dan sempurna,” kata pengasas bersama Essento, Christian Bartsch.
Coop juga merancang untuk mempelbagaikan pilihan produk berasaskan serangan itu menjelang hujung tahun ini. - Agensi

Sumber : Hmetro
Powered by Blogger.