(1GAMBAR + VIDEO) Berang ditegur pasang muzik terlalu kuat, 15 lelaki tetak remaja 17 tahun

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

PASIR GURANG, JOHOR - Seorang remaja lelaki cedera parah di bahagian belakang badan dan kepala akibat diserang dan ditetak 15 lelaki hanya kerana berang ditegur memasang muzik terlalu kuat, lapor Berita Harian. 

Dalam kejadian jam 2.05 pagi Khamis di Flat Jalan Tasek  64, Bandar Seri Alam, awal pagi semalam, mangsa berusia 17 tahun sebelum itu menegur dan menasihati dua suspek yang memasang lagu dan muzik terlalu kuat menggunakan pembesar suara kereta mereka yang diparkirkan di kawasan flat. 

"Teguran itu menyebabkan berlakunya pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek yang lain, iaitu rakan kepada dua suspek berkenaan datang menaiki sebuah kereta dan beberapa buah motosikal," jelas Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz. 


"Sekumpulan lelaki lebih kurang 15 orang mengerumuni mangsa dan beberapa suspek yang membawa parang dan pisau menyerangnya sehingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala. 

"Kesemua suspek dipercayai bukan penghuni di kawasan flat berkenaan," katanya lagi. 

Mangsa yang cedera parah telah dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan kini di bawah pengawasan rapi pihak hospital. 

Sehingga kini belum ada sebarang penangkapan yang dibuat dan polis sedang giat memburu suspek. 


"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan senjata.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan atau menghubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Hotline Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222," katanya. 

Sumber : The Reporter
Powered by Blogger.