(6GAMBAR) Pemilik enggan kembalikan wang deposit, penyewa sabotaj rumah sewa dengan 'ulat'

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

CHINA - Awal bulan Mei yang lalu, seorang lelaki di Guangxi menyewa rumahnya kepada satu pasangan warga asing di mana kedua-dua pihak bersetuju yang tempoh sewaan paling minimum adalah setahun. 

Lima bulan pertama, segalanya baik-baik sahaja sehinggalah bulan lepas, pasangan itu tiba-tiba memaklumkan kepada pemilik rumah yang mereka mahu berpindah keluar dan menuntut wang deposit mereka dipulangkan. 



Memandangkan pasangan berkenaan telah melanggar perjanjian yang telah dipersetujui, pemilik rumah mengambil keputusan untuk menahan deposit mereka. 

Tindakan pemilik rumah itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati pasangan berkenaan, lalu merancang untuk membalas dendam. Mereka berpindah keluar dari rumah itu, tetapi dengan sengaja 'meninggalkan sesuatu' di rumah tersebut. 

Tidak beberapa lama kemudian, jiran-jiran di sekitar mula mengadu terhidu bau yang kurang menyenangkan dipercayai datang dari rumah sewa itu. Bertindak di atas aduan, pemiliknya datang untuk memeriksa rumah dan terkejut apabila melihat keadaan rumahnya. 

Pasangan berkenaan telah mensabotaj rumahnya sebelum berpindah keluar dengan membeli beberapa ekor ikan dan diletak di sinki, peti ais, pasu bunga, almari dan juga siling. 










Hampir seluruh rumah itu berbau busuk dengan ulat di merata-rata tempat. Peti ais juga dipenuhi dengan ulat menyebabkan pemiliknya tiada pilihan lain dan terpaksa membuangnya. 

Lebih menyedihkan, pemilik rumah tidak dapat mencari mana-mana pekerja pembersihan yang sanggup membersihkan rumahnya kerana ramai yang menolak untuk melakukannya. 

Difahamkan, pasangan berkenaan telah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dicari. Sementara itu netizen pula meluahkan rasa marah dengan tindakan pasangan berkenaan yang tidak bertanggungjawab dan menyarankan pemiliknya membuat laporan polis. 



"Jelas sekali mereka menjahanamkan harta awak. Laporkan saja kepada pihak berkuasa dan jangan biarkan mereka terlepas!" kata netizen. 

Sumber: Oriental Daily, World of Buzz, The Reporter

Powered by Blogger.