Pemandu teksi 'PAW' RM950 dari mangsa bagi jarak kurang 10 km

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

KUALA LUMPUR - Malang nasib dua lelaki warga Bangladesh apabila mereka telah diperas ugut oleh seorang pemandu teksi yang tamak meminta bayaran RM950 bagi jarak yang kurang dari 10 kilometer, lapor Harian Metro

Difahamkan kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, dua lelaki berkenaan telah menaiki teksi suspek dan meminta dihantar ke Setapak, dari Kuala Lumpur Sentral. 

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa baru tiba dengan menaiki bas dari Kuala Terengganu.
Pada awalnya, suspek menawarkan dua mangsanya itu dengan kadar tambang RM50 setiap seorang. Tetapi sebaik sahaja tiba di lokasi, suspek telah mengugut mangsa membayar tambang RM950. 

Tidak berpuas hati dengan kadar tambang yang dipinta menyebabkan dua lelaki berkenaan mula mempersoalkan tindakan suspek sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

Bagaimanapun mangsa terpaksa akur kerana bimbang dicederakan suspek yang juga turut membawa senjata kayu dan besi di dalam teksinya. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan pada hari kejadian. 


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang turut menerima laporan sama, segera melakukan operasi khas bagi mengesan pemandu teksi terbabit. Operasi yang dilakukan bermulaj am 10 malam semalam telah berjaya menahan pemandu teksi berusia 30-an itu di ibu kota. 

Teksi yang digunakan oleh suspek turut disita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 22 dan Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2015. 

Sumber : The Reporter
Powered by Blogger.