'Saya diherdik, dihalau dan dilempar dengan kata-kata rasis, selain dilarang membantu makcik ini' - Kuan

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

KUALA LUMPUR - Kisah seorang wanita warga emas yang juga pesara kerajaan yang tinggal dengan timbunan sampah dalam rumah selama tujuh tahun seperti yang dilaporkan beberapa portal media, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

"Ubatkan saya dan bantu kemas rumah," itu rayuan Zaidah Mansor, 67, yang tinggal sebatang kera di rumahnya di Ampang selepas berpisah dengan suaminya 17 tahun yang lalu. 

Dalam laporan Harian Metro itu juga mengatakan Zaidah menderita bengkak kaki yang memerlukan rawatan.

Berdasarkan video, ruang tamunya penuh dengan timbunan sampah sehingga hampir tiada jalan untuk dilalui.


Zaidah berkata dia bukan tidak mahu mengemas rumah tetapi faktor kesihatan menyebabkan pergerakannya terbatas sehingga dia akhirnya terpaksa tinggal di atas timbunan plastik, kertas dan perkakas rumah. 

"Sejak tinggal sendiri, saya sering sakit dan ada masanya langsung tidak boleh bergerak. Lama kelamaan, rumah saya jadi seperti kawasan pelupusan sampah dan saya sudah tidak mampu untuk membuangnya. Saya pula sakit, jadi saya biarkan," katanya. 

Laporan berita itu juga menarik perhatian aktivis masyarakat iaitu, Kuan Chee Heng, yang telah datang bertemu dan melihat sendiri keadaan rumah warga emas berkenaan.. 

"Dia minta tapau breakfast untuk dia pagi ini. Jom anak Malaysia, sila share dan beri bantuan pada makcik ini," tulisnya di Facebook pada jam 7.18 pagi Rabu. 

"Rumah penuh sampah, kita akan minta MPAJ untuk intervene. Jiran terjejas dengan tikus dan lipas yang berkeliaran. MPAJ perlu ambil tindakan segera," tulisnya lagi. 

Antara beberapa gambar dan video yang dikongsikan oleh Kuan ketika melawat rumah Zaidah:









Bagaimanapun, hasrat Kuan yang mahu membantu Zaidah tidak kesampaian apabila dia telah dilarang dan dihalau dari terus membantu warga emas itu atas sebab-sebab yang tidak masuk akal. 

"Mohon maaf, saya telah dilarang membantu makcik yang tidur bersama sampah di Ampang, Taman Kosas, kerana ada pihak sudah bersedia membantu. Malah saya diherdik dan ditengking sebelum dihalau untuk beredar segera. Perkataan rasis juga turut dilemparkan kepada saya. 

"Tetapi inilah lumrah membantu orang. Makcik itu sendiri telah menghubungi saya dan meminta maaf. 

"Beberapa wartawan serta kontraktor MPAJ juga terkejut dengan sikap yang dipamerkan (pihak berkenaan). Sedih, kerana mahu membantu akhirnya saya ditegur sebagai rasis. Buat apa nak marah, inilah lumrah hidup," tulisnya sejam yang lalu. 


Meskipun diperlakukan seperti itu, Kuan tidak marah dan enggan memanjangkan hal itu. Kuan tetap akan menghulurkan bantuan kepada makcik itu sekiranya warga emas itu memerlukan bantuan mereka. 

Sumber : The Reporter
Powered by Blogger.