Bagaimana Nak Dapatkan Kod PUK Jika Kad Sim Disekat

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Image result for sim card

Pernah tak satu hari tiba-tiba simcard korang disekat lepas tu diminta masukkan kod PUK? Apa tu kod PUK?

PUK adalah singkatan bagi Pin Unblocking Code.Kita perlu memasukkan kod PUK apabila salah memasukkan kod pin lebih dari 3 kali. Sekiranya kod PUK yang salah dimasukkan, kad sim akan rosak. Jadi macam mana nak buat kalau perkara ni berlaku pada diri kita atau ahli keluarga dan rakan-rakan kita?

Ada beberapa kaedah untuk mendapatkan kod PUK tersebut:
#1:
Dapatkan bingkai kad sim (itupun kalau korang ada simpan lagi). Biasanya kod PUK akan dicetak pada bingkai kad sim kita itu.
#2:
Pinjam handphone kawan-kawan yang sama telco dengan kita, call Customer Service Hotline.
Maxis : 123
Hotlink: 1300820120
Celcom:1111
#3:
Pinjam handphone kawan-kawan yang sama telco dengan kita, pergi ke Easy Menu
Maxis/Hotlink *100#
Celcom *128#
Biasanya  kod PUK ada pada menu My Account/Maklumat Akaun



Ada lagi beberapa kaedah seperti dapatkan di laman web telco masing-masing. Macam Hotlink ada satu service dipanggil My Hotlink di mana kita boleh mendapatkan kod PUK sekiranya kaedah-kaedah di atas tidak boleh dilaksanakan.
Powered by Blogger.