Gaddafi Akhirnya Mati

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini


Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.“Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.
Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur dalam lingkungan 69 tahun ditangkap dan mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya pada Subuh semalam.Ketika itu, dia sedang melarikan diri bersama sebuah konvoi semasa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan.
NATO mengambil alih operasi ketenteraan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam pada 31 Mac lalu.Sejak itu, jet-jet NATO mengendalikan serangan udara dan melaksanakan zon larangan terbang di Libya termasuk melaksanakan sekatan senjata menerusi rondaan di laut.NATO mengesahkan semalam bahawa jet-jetnya telah mengebom satu konvoi ketenteraan dekat Sirte pada waktu pagi.
Namun, ia menyatakan adalah sukar untuk menyatakan sama ada serangan tersebut menyumbang kepada kemungkinan kematian Gaddafi.Menurut Abdel Majid, Gaddafi telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah ambulans.Menurut seorang pejuang anti-Gaddafi, bekas pemimpin itu ditemui bersembunyi di sebuah lubang saluran air dan berkata: “Jangan tembak, jangan tembak.”Pejuang itu menyatakan bahawa Gaddafi membuat rayuan itu kepada sekumpulan lelaki yang berjaya menangkapnya.
Seorang pegawai NTC, Mahmoud Shammam memberitahu terdapat gambar yang menunjukkan kejadian penangkapan tersebut.Ketua Tentera di Tripoli, Abdel Hakim Belhaj juga mengesahkan Gaddafi telah mati dibunuh.
Gaddafi menjadi pemimpin Libya selepas dia melakukan rampasan kuasa tentera semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara pada tahun 1969.Ketika itu, Gaddafi merupakan seorang pegawai tentera Libya.
Kebangkitan di Libya untuk menumbangkan Gaddafi bermula di bandar Benghazi menerusi tunjuk perasaan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya pada Februari lalu.Tunjuk perasaan itu mendapat ilham daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir sehingga mengakibatkan kedua-dua pemimpin di negara berkenaan tidak lagi berkuasa.
Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran dalam kalangan penduduk yang membentuk kumpulan pejuang menentang Gaddafi.Kematian Gaddafi itu menyebabkan NTC kini menguasai sepenuhnya Libya selepas mereka bertempur selama lapan bulan.

Sumber : Kosmo

inilah gambar selepas ditembak

semasa gaddafi ditangkap oleh orang ramai ini videonya..

Muammar Gaddafi Terbunuh, Selepas Pemberontak Libya Tawan Sirte

Perdana Menteri Mahmoud Jibril, dengan merujuk kepada laporan forensik berkata Muammar Gaddafi terbunuh ekoran terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu selepas beliau ditangkap Sirte pada Khamis.

Laporan-laporan yang bercanggah mula muncul bagaimana Muammar, yang memerintah Libya selama 42 tahun, mati sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan.

Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar.

Rakyat di Tripoli Libya meraikan berita kematian Muammar Gaddafi.

“Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah dibuat ke atas Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media di sini, Khamis.

“Ia berkata ‘Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak memberi tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain’,” kata Mahmoud.

“Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya,” kata Mahmoud.

Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri.

Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit kemudian ketika tiba hospital, kata perdana menteri.

Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muammar berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud.

Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan.

Salah seorang anak Muammar, Mo’tassim, juga terbunuh dalam kejadian tersebut pada Khamis

gambar terbaru selepas ditembak

Menurut sumber dalam gambar Gaddafi Mati di atas, mayat badan colonel Gaddafi disimpan dalam peti sejuk "untuk beberapa hari" untuk memastikan "semua orang tahu yang gaddafi sudah mati".

Selaras dengan tradisi Islam, mati dikebumikan secepat mungkin, biasanya dalam masa 24 hingga 48 jam selepas kematian.

Walau bagaimanapun, Ali Tarhouni, menteri minyak bagi kerajaan sementara Libya, Majlis Peralihan Negara, berkata: "Saya memberitahu mereka untuk menyimpannya mayat gaddafi dalam peti sejuk selama beberapa hari ... untuk memastikan semua orang tahu yang gaddafi telah mati.

“There is no decision yet.”

Mayat Gaddafi Mati Di Simpan Selama Beberapa Hari Di Dalam Peti Sejuk Untuk Bukti Kematiannya

Mayat badan diktator Gaddafi telah diletakkan di dalam sebuah masjid di lokasi rahsia di bandar Misrata, Libya. Manakala pegawai-pegawai membuat keputusan bagaimana dan bila dia akan dikebumikan.

Pengebumian Islam biasanya termasuk mandikan si mati, yang merupakan upacara penting Sunnah (amalan agama Islam) Nabi Muhammad.

Mayat biasanya dibalut dalam selubung kain putih dan masyarakat Islam berkumpul untuk buat doa Solat al-Jenazah.


Dalam perkuburan Islam tradisional, kubur perlu sejajar berserenjang dengan kiblat, iaitu Mekah dan badan diletakkan di dalam kubur tanpa keranda, yang terletak di sebelah kanan.

Walau bagaimanapun, terdapat spekulasi bahawa pegawai-pegawai NTC mungkin cuba untuk menimbus badan Gaddafi di laut untuk menghalang mana-mana kubur yang dijadikan kuil satu.

Jam selepas Gaddafi ditembak dan dibunuh, di Pakistan pada bulan Mei tahun ini, Osama Bin Laden pun telah dikebumikan di laut oleh tentera AS dengan upacara keagamaan yang dijalankan ke atas dek pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS).


Saat saat Gaddafi Dijatuhkan.. Sebelum ditembak mati


Powered by Blogger.