Kisah Viral
22 pelajar dan 2 guru maut, litar pintas punca kebakaran
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
"Saya dimaklumkan, 22 pelajar dan dua warden maut dalam kejadian ini. Ketika meninjau lokasi kejadian, saya nampak mayat kanak-kanak itu dalam keadaan berhimpit di dua penjuru asrama.
"Mereka dipercayai gagal keluar berikutan api sudah marak dan hanya ada satu pintu laluan keluar, manakala semua jeriji tingkap pula dikunci," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Tengku Adnan berkata, berdasarkan laporan awal dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pelan kedudukan pusat tahfiz itu belum diluluskan kerana tidak mengikut spesifikasi keselamatan.
Jelasnya, perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz itu ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama.
"Mereka dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kawasan kebakaran di tengah bilik dan cuba menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap. Bagaimanapun, tingkap asrama yang dilengkapi dengan jeriji menyukarkan usaha mereka untuk keluar.
"Tambahan pula, hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk ke bilik tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, menurut seorang mangsa yang terselamat, Muhd Izzarudin Roslan, 15, pada waktu kejadian itu berlaku, dia sedang tidur di tingkat tiga bangunan berkenaan. Namun terjaga selepas terhidu bau gas.
"Saya kejut budak-budak semua yang masih belum bangun. Pada ketika itu, api besar sudah berada di depan pintu bilik dan katil sudah terbakar.
"Kami cuba buka tingkap supaya asap keluar. Pintu tidak dapat dibuka dan kami keluar dari tingkap sebelah kanan," katanya.
Bagaimanapun, menurut seorang mangsa yang terselamat, Muhd Izzarudin Roslan, 15, pada waktu kejadian itu berlaku, dia sedang tidur di tingkat tiga bangunan berkenaan. Namun terjaga selepas terhidu bau gas.
"Saya kejut budak-budak semua yang masih belum bangun. Pada ketika itu, api besar sudah berada di depan pintu bilik dan katil sudah terbakar.
"Kami cuba buka tingkap supaya asap keluar. Pintu tidak dapat dibuka dan kami keluar dari tingkap sebelah kanan," katanya.
Sementara itu, penduduk dan juga saksi kejadian, Shahirman Shahril, 39, berkata, dia terkejut dengan kejadian yang berlaku apabila terdengar jeritan orang meminta tolong.
"Saya dikejutkan dalam jam 5 pagi, terdengar jeritan orang menjerit meminta tolong dan tahfiz itu terbakar. Jadi ramai kawan-kawan berusaha membantu dalam keadaan yang masih gelap.
"Kami meminta beberapa pelajar tahfiz supaya terjun. Tetapi yang terjun semuanya melecur. Kami tidak dapat membantu banyak kerana api marak.
"Ada beberapa kawan jiran nak naik ke tingkat atas, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana api sudah terlalu marak. Dan ketika itu kami difahamkan ramai mangsa yang terperangkap di dalam. Ada yang menangis, menjerit kepanasan, tolong abang, tolong abang," ceritanya kembali.
Sebahagian ahli keluarga kini berada di kawasan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Keramat, Kuala Lumpur. Terkini: 22 pelajar dan 2 warden terkorban. |
Hazen yang tinggal di depan sekolah tahfiz itu terdengar suara lebih 40 pelajar berkenaan ang meminta tolong sambil menangis.
"Ketika itu api baru merebak ke separuh bangunan tetapi mangsa tidak ada jalan keluar untuk menyelamatkan diri kerana pintu tidak dapat dibuka.
"Ada di antaranya terjun dari tingkat satu dan kami dapat menyelamatkan lima pelajar.
"Saya dan isteri berniaga makanan di depan rumah. Pelajar tahfiz ini sering datang membeli makanan di gerai kami dan boleh dikatakan kami mengenali semua pelajar di sekolah itu," katanya.
Sumber : TheReporter